 | Category: | Books | | Genre: | Romance | | Author: | Izza Aripin |
Sebenarnya Cinta by Izza Aripin Terbitan NHF Media
"Kenapa harusku keliru saat hati ingin menerima cintamu."
Bagi saya idea utk cerita ini sangat menarik tapi ada byk kelemahan dalam cara delivery kisah ini oleh penulis. Kali pertama saya baca hasil karya izza aripin rasanya. this one is good try :)
Pada permulaan, cerita ini bertumpu pada kisah cinta tiga segi antara Zahim-Sharmine-Zakuan. Dania adalah sahabat baik Sharmine. Zahim plak berkenalan dgn shelby yg mulanya berniat utk memerangkap 'anak ikan' kaya seperti zahim, tapi kemudian berubah kpd perasaan sayang dan kemudian dia mati akibat AIDS. Lepas itu Zahim spt berubah meminati Dania dan membiarkan Zakuan bersama Sharmine. Sharmine seolah2 kecewa. Dia ni dua2 dia nak.. masa bercinta memang dia madukan si Zahim dgn Zakuan tu yg selalu bergaduh sbb nak merebut cinta Sharmine.
Dania punya citer menarik sikit. dia seorang yang serba sederhana dan merupakan seorang sahabat yang baik. Cuma yang orang tak tau, dia ada saudara kembar yang jaaaaaaaaaaaahattt, Diana. Mula2 tu ingat ker nama Dania salah eja jadi Diana.. an interesting twist.
diana ni terpaksa kawin dgn Tuan Farid yang suka mendera. Dulu dia ingat Tuan Farid ni usahawan berjaya, tapi rupa2nya ketua mafia yg ganas punya. Untuk mengelak diburu tuan Farid, Diana pukul kepala Dania sampai pengsan dan dihantar ke rumah tuan Farid sbg 'diana' manakala Diana mengambil tempat Dania sbg pelajar.
Penampilan baru 'Dania' menyebabkan beberapa pasang mata terbeliak. 'Dania' makin seksi dan berani, dia menjadi topik hangat di kampus. Zahim pun terkejut dan rasa something wrong sbb 'Dania' berani cium dia di khalayak ramai. Semasa menjadi 'Dania', diana sempat menjalinkan hubungan dengan Nizam. Tapi setelah Dania berjaya diselamatkan oleh Zakuan & Zahim, Diana menghilangkan diri bersama Adli (orang suruhan Tuan Farid). Nizam menagih cinta Dania yg kini sudah tak kenal siapa Nizam. Nizam menaruh dendam kerana Dania mempermainkan hatinya.
Sharmine terpaksa kawin dgn Zakuan sbb dah pregnant, walaupun dia masih ada hati dgn Zahim. Pengakhiran cerita ni dibuat seperti kesimpulan, so rasa ending citer ni agak abrupt. Watak 'Sephia' di awal cerita yg membaca buku ini bersama-sama dgn kita rupanya anak kpd Zakuan dan sharmine. Zakuan yg dulunya playboy bertukar menjadi ayah yg bertanggung jwb manakala sharmine plak tak tahan dibelenggu dgn ikatan perkahwinan. Zahim tak dapat membuang sikap mata keranjangnya dan kehilangan cinta Dania.
sure fine whatever Rinn
Sinopsis belakang buku:
Benarkah cinta andai mekarnya diadun noda? Hidup beralas nafsu dan dendam bahagianya tidak ke mana.
dania melihat insan-insan di sekelilingnya tidak ubah bak pelakon pentas hidup. Memandang Sharmine dan Zakuan menyedarkan Dania bahawa: cinta yang suatu ketika dulu dikejar dosa tiada penamatnya andai wangian keinsafan itu tidak sampai ke syurgawi Ilahi.
Saat dia ingin mencambah semangat diri, Diana saudara serahimnya pula hadir mencantas harapan. Namun tembok ketabahannya tetap utuh.
Kekeliruan bertandang saat perasaan Zahim terhadap Dania membuahkan cinta. Bagai berada di persimpangan, Dania kembali mencari dan menilai apa sebenarnya yang tersembunyi di dalam perasaan agung ciptaan Tuhan itu (cinta)...
RM13.90
  | salam ramadan rinn.
terima kasih kerana sudi review novel ini. sudahkah rinn membaca novel terbaru sy dengan kaki novel? dan mimpi pun bersatu (2006) dan kerana dia cinta (2007). Saya ingin benar dengar apa kata rinn.
ciao. |
 | Salam ramadhan jugak buat izza aripin. terima kasih sudi ke sini. terharu saya. dan mimpi pun bersatu tu dah ada kat depan mata cuma sedang menghabiskan buku yg sedang dibaca sekarang. i'll read DMPB right after i finish this one. i look forward to karya izza seterusnya. |
| |
|